Tuesday, April 19, 2011

Zulhusni Dalam Kenangan

14 April 2011, jam 12.05 tengahari, kembalinya seorang bekas penghuni asrama SMKPP ke Rahmatullah. Pemergian yang begitu dirasai, kehilangan sukar dicari ganti. 3 tahun menghuni asrama, pelajar yang cemerlang dalam PMR 2010 dengan 6A telah pergi meninggalkan kami semua dalam satu kemalangan setelah hampir seminggu bergelut dengan alat bantuan pernafasan. Lebih dikenali sebagai Zul dikalangan penghuni asrama, merupakan seorang yang pendiam tetapi aktif dalam pelbagai lapangan.
   Sampaikan salam.. salam terakhir..salam teristimewa.. buat teman yang kusayang.. pemergian tak dirancang..
Allah lebih menyayagimu.. dari kami... kehilangan amat dirasai... alfatihah.....

Monday, March 28, 2011

sambutan maulidurasul asrama

Sempena cuti Maulidurasul yang lalu warga Asrama SMKPP mengambil kesempatan mengadakan sambutan hari kebesaran tersebut. Majlis ini telah diadakan diperingkat asrama dan pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah perarakan sejauh 1.5 KM dengan membawa sepanduk, pertandingan nasyid, tilawah al Quran, kuiz dan syarahan. Sambutan dan kerjasama yang begitu baik dan menggalakkan dikalangan penghuni asrama.
 



Thursday, February 17, 2011

KEM SURVIVOR 3 - kepimpinan asrama 2011




kem biro asrama sempena raya cina 2011... disertai 29 pelajar tingkatan 4 & 5

Monday, January 17, 2011

Minggu Orentasi 2011



Asrama SMKPP membuka lembaran baru dengan minggu orentasi asrama pada awal tahun baru 2011... Seramai 152 orang pelajar telah ikut serta program ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh Biro Asrama. Bermula pada hari Khamis dan berakhir pada hari Sabtu sebelah malamnya. Program asrama ini bertujuan mengeratkan silaturrahim dikalangan pelajar asrama. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh biro asrama dengan dibantu oleh En Mohd Iqqbal dan Cik Normazlina. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Qiamullail, LDK, Sesi burung hantu', sukaneka, larian berhalangan dan di akhiri dengan persembahan kumpulan.

Sunday, November 28, 2010

lawatan ke pantai timur




Pada penghujung tahun 2010, asrama smkpp sempat mengadakan lawatan ke Pantai Timur ialitu Kelantan dan Terengganu. Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar tingkatan 5 untuk menenangkan diri sebelum menghadapi peperiksaan. Lawatan ini turut disertai oleh pelajar tingkatan 2,3 dan 4. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati ialah Taman Tamadun Islam Terengganu, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Pasar Besar Payang, Wakaf Che yeh di Kelantan dan Pasar Siti Khadijah. lawatan ini turut disertai Puan Jamsiah PK HEM, Puan Che Maznah PK KOKO selain warden dan kaunselor asrama.

Monday, November 8, 2010

Perkhemahan Kelab Rukunegara


Asrama SMKPP menjadi tapak Perkhemahan Patriotik Kelab Rukunegara SMKPP buat kali pertama kelab ini ditubuhkan. Seramai 40 orang ahli kelab yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 4 penghuni asrama menganggotai kelab rukunegara ini. perkhemahan ini dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga penggerak Jabatan Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Pengendalian program ini turut dibantu oleh 5 orang guru yang terdiri daripada warden asrama dan kaunselor pelajar SMKPP. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah, LDK, Persembahan Malam Kebudayaan, Sukaneka dan Pengukuhan program. Turut hadir meninjau program ini ialah Puan Che Maznah bt Hashim PK Kokurikulum dan Tuan Pengetua SMKPP Tn Haji Khadri bin Mohd Salleh. Perkhemahan Patriotik selama 3 hari 2 malam ini memberikan kesan yang mendalam terhadap pelajar. Semoga ia menjadi satu penggerak kepada kelab RUKUNegara SMKPP dimasa akan datang. Terima kasih Jabatan Perpaduan Negara dan pentadbir SMKPP.

Tuesday, August 31, 2010

Majlis Berbuka Puasa dan Ambang Merdeka

Pada 31 Ogos 2010, asrama SMKPP telah menganjurkan majlis berbuka puasa dan sambutan Malam Ambang Merdeka 2010. Majlis bermula dengan berbuka puasa, tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Hafidz dan sembahyang terwih yang diimamkan oleh Ustaz Fakhrul Radzi. Detik 12 malam menyaksikan percikan bunga api menandakan detik kemerdekaan negara disambut meriah oleh semua warga asrama SMKPP. Ucapan terima kasih kepada semua jemputan, pihak pentadbir, guru-guru dan pekerja yang hadir. Semoga semua yang hadir berpuas hati dengan hidangan yang tersedia maklumlah zaman ekonomi asrama yang tengah meleset ini. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan semoga mendapat keberkatan ilahi.  

Program Pengisian Jati Diri

Antara pengisian dalam minggu orentasi penghuni asrama SMKPP ialah Jati Diri. Pengisian Jati Diri pelajar telah disampaikan oleh En Mahamad Tahir bin Karim, Kaunselor pelajar SMKPP. Majlis ini turut dihadiri oleh En Mat Zaini bin Abdullah GK Teknik dan Vokasional. Majlis ini bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Putera dan puteri SMKPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Mahamad Tahir dan En Mat Zaini kerana sudi makan malam bersama-sama dengan mereka.

TAKLIMAT WARIS/PENTADBIR

Program taklimat antara pentadbir SMKPP dan waris penghuni asrama SMKPP telah diadakan pada 7 Januari 2010 bertempat di Dewan Makan Asrama SMKPP

PROGRAM PENTADBIR BERSAMA PENGHUNI ASRAMA SMKPP

Program pentadbir bersama penghuni asrama telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKPP Tuan Haji Khadri bin Mohd Salleh pada 5 Januari 2010. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Penolong Kanan HEM En Omar bin Ali. Tuan Pengetua turut menyentuh peraturan dan disiplin yang perlu diikuti oleh putera dan puteri asrama SMKPP.

PROGRAM JATI DIRI

PROGRAM JATI DIRI

TAKLIMAT PENTADBIR/WARIS

TAKLIMAT PENTADBIR/WARIS

MAJLIS BERSAMA PENGETUA

MAJLIS BERSAMA PENGETUA