Satu cerita di mana seorang pelajar yang tinggal di asrama kerana atas alasan jika tinggal di rumah kena tolong bapa jaga lembu. Apakah matlamat hidup pelajar itu? Jika lembu di jaga oleh bapa pelajar itu, dan pelajar itu dijaga oleh warden.... apa bezanya? Jangan dibezakan penghuni asrama dengan lembu... dan warden dengan penjaga lembu....
Dalam cerita lembu, sekandang lembu jantan dan betina bercampur gaul... menghasilkan anak.... itu yang dimahukan oleh penjaga lembu. Tetapi berbeza dengan asrama bukan asmara.... tidak sama hasrat dan matlamat seorang penjaga lembu dengan warden 'bela lembu'.
Apa beza 'Asrama' dan 'Asmara'? tidak ada bezanya... cuma susunan huruf yang tidak sekata. Tetapi kehidupan dan amalan dalam kedua-duanya jauh berbeza.... penghuni asrama harus dapat membezakan kedu-dua hukum yang terdapat dalam makna asrama dan asmara. Matlamat kedua-duanya juga berbeza.... jangan disamakan penghuni asrama dengan lembu.... "saya tak kata kamu lembu, tetapi 'macam' lembu" ..... kata-kata yang pernah menjadi kata hikmat penghuni asrama satu ketika dulu..... fikir-fikirkan lah.....
No comments:
Post a Comment