Monday, May 17, 2010

Penghuni Asrama Meriahkan Sambutan Hari Guru



16 Mei 2010 merupakan tarikh menyambut hari 'jadi' guru SMKPP. Sambutan begitu meriah dengan pelbagai acara yang berlangsung seperti sukaneka dan nyanyian. penghuni asrama SMKPP memeriahkan lagi sambuatan dengan persembahan sajak, koir dan nasyid. Kumpulan-kumpulan persembahan ini telah dibimbing oleh warden En Mohd Iqqbal. En Iqqbal juga memeriahkan suasana menyampaikan sebuah lagu untuk para pelajar. Tahniah dan syabas kepada semua warga asrama atas kerjasama tanpa mengira penat dan lelah demi guru tercinta. SELAMAT HARI GURU.

1 comment:

  1. Bdk asrama mmg bagus.. pda siapa2 yg dok kutuk bdk asrma 2 sila tutup mukut anda!!!

    ReplyDelete

Program Pengisian Jati Diri

Antara pengisian dalam minggu orentasi penghuni asrama SMKPP ialah Jati Diri. Pengisian Jati Diri pelajar telah disampaikan oleh En Mahamad Tahir bin Karim, Kaunselor pelajar SMKPP. Majlis ini turut dihadiri oleh En Mat Zaini bin Abdullah GK Teknik dan Vokasional. Majlis ini bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Putera dan puteri SMKPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Mahamad Tahir dan En Mat Zaini kerana sudi makan malam bersama-sama dengan mereka.

TAKLIMAT WARIS/PENTADBIR

Program taklimat antara pentadbir SMKPP dan waris penghuni asrama SMKPP telah diadakan pada 7 Januari 2010 bertempat di Dewan Makan Asrama SMKPP

PROGRAM PENTADBIR BERSAMA PENGHUNI ASRAMA SMKPP

Program pentadbir bersama penghuni asrama telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKPP Tuan Haji Khadri bin Mohd Salleh pada 5 Januari 2010. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Penolong Kanan HEM En Omar bin Ali. Tuan Pengetua turut menyentuh peraturan dan disiplin yang perlu diikuti oleh putera dan puteri asrama SMKPP.

PROGRAM JATI DIRI

PROGRAM JATI DIRI

TAKLIMAT PENTADBIR/WARIS

TAKLIMAT PENTADBIR/WARIS

MAJLIS BERSAMA PENGETUA

MAJLIS BERSAMA PENGETUA